Jumaat, 10 Disember 2010

Bengkel Pembinaan Blog PKG Negeri Melaka

Penyebaran maklumat secara pantas melalui laman web dan blog telah menjadi trend masakini. Sehubungan itu, BTPN Melaka telah mengambil inisiatif mengelolakan satu perbengkelan khas membina laman blog untuk semua Pusat Kegiatan Guru (PKG) Negeri Melaka.
Seramai 16 orang Juruteknik Komputer PKG telah menyertai bengkel tersebut yang diadakan di Makmal Pengkomputeran PKG Cheng pada 9hb dan 10hb Disember 2010.

Rabu, 8 Disember 2010

Selamat Bersara

ENCIK ABU NAIM BIN SUPIAN, Pegawai Teknologi Pendidikan DGA34 di Unit PSP, BTPN Melaka akan bersara dari perkhidmatan kerajaan mulai 9 Disember 2010 pada usia 56 tahun.
Warga pendidik negeri Melaka dan BTPN khasnya amat merasai kehilangan beliau dan mengucapkan selamat bersara dan selamat menjalani  dunia persaraan bersama keluarga di Pontian, Johor.

Rabu, 1 Disember 2010

KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)



Di bawah Memorandum Persefahaman Kementerian Pelajaran Malaysia dan Astro  pada 3 November 2008, persetujuan telah dicapai agar  ASTRO  TV membekalkan 11 saluran dalam PAKEJ KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH iaitu:
RTM  1,  RTM   2,   ASTRO   TVIQ,   ASTRO  Ceria,   ASTRO Awani,   Bernama TV, History, Disney, National Geographic, Discovery dan Discovery Science. Pada September 2010, ASTRO telah menambah 2 saluran ke pakej sekolah iaitu ASTRO Xiao Tai Yang dan Animal Planet. ASTRO juga telah menawarkan saluran sementara iaitu Saluran 100-Astro Tutor TV yang bermula 18 Julai hingga 23 September 2010 khusus untuk membantu pelajar UPSR menghadapi peperiksaan.
Satu lagu saluran ( ASTRO Arena – Saluran 801 ) ditawarkan kepada pakej sedia ada yang memaparkan sukan tempatan secara langsung, menjadikan kesemuanya 14 saluran tidak termasuk saluran sementara.
Sehubungan dengan itu, Pengetua / Guru Besar dipohon untuk memaklumkan kepada Guru Penyelaras TV-ASTRO dan semua guru-guru di sekolah agar dapat memanfaatkan program ini sebaik mungkin.
Sebarang masalah pemasangan, kerosakan, penerimaan isyarat pada set TV ASTRO yang dibekalkan, sila berhubung terus ke Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ASTRO di talian :    1-300-82-0001