Astro Tutor TV kembali atas permintaan ramai mulai 11 Januari 2011, saluran ini disiarkan sepanjang tahun di nombor baru, saluran 601. ASTRO TUTOR TV adalah percuma kepada pelanggan sekolah (Kampus Astro) dan pakej Astro Family. Tontonilah program kegemaran UPSR anda untuk mempelajari subjek-subjek penting UPSR seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains.
~ Maklumat lanjut : http://www.astro.com.my/examtutor/articles/art_1496.html
Selamat Belajar Semua Murid - Murid.
Selasa, 25 Januari 2011
Rabu, 19 Januari 2011
PERTUKARAN URL PORTAL JABATAN PELAJARAN MELAKA
Untuk makluman Y.Bhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan, Sukacita dimaklumkan bahawa Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Melaka telah selesai dimigrasi ke hosting di Kementerian Pelajaran Malaysia pada 3 Januari 2011. Sehubungan dengan itu,
URL portal jabatan : www.jpnmelaka.gov.my telah bertukar kepada : www.moe.gov.my/jpnmelaka Keprihatinan dari pihak Y.Bhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
URL portal jabatan : www.jpnmelaka.gov.my telah bertukar kepada : www.moe.gov.my/jpnmelaka Keprihatinan dari pihak Y.Bhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Khamis, 13 Januari 2011
Perkhidmatan Rangkaian Internet Di Sekolah - Sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2011
Untuk makluman Y.Bhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan, kontrak perjanjian Perkhidmatan Pengurusan Rangkaian Untuk Naik Taraf Lebar Jalur Schoolnet, No. Kontrak MOE.COM.A003/2008 antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan Syarikat Goverment Integrated Telecommunications Network Sdn. Bhd (GITN) telah tamat pada 31 Disember 2010.
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan rangkaian internet di semua sekolah di bawah KPM berjalan lancar pada tahun 2011, adalah diputuskan pihak sekolah boleh memilih mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider). Perkhidmatan untuk tempoh interim ini berkuatkuasa dari Januari 2011 sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sebagai panduan, pihak sekolah adalah dikehendaki untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Kerjasama dari pihak Y.Bhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan didahului dengan ribuan terima kasih.

Langgan:
Catatan (Atom)