Selasa, 22 Mac 2011

Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Salam 1 Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka telah diberi tanggungjawab untuk memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah pada tahun 2011. 
Lapan (8) dimensi inisiatif yang dikenalpasti untuk dipantau dan dinilai pada tahun ini iaitu :
 i. Capaian Internet
 ii. Pusat Akses Sekolah
 iii. Makmal Komputer
 iv. Eduweb TV
  v. Peralatan PPSMI
 vi. Perisian Kursus Pendidikan
vii. ICT Dalam Pengurusan dan Pentadbiran
viii. Perkongsian Pintar
Sehubungan dengan itu, kutipan data secara online dengan menggunakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) bagi tahun ini akan dilaksanakan sebanyak dua (2) kali seperti berikut :

  i. 27 Mac hingga 16 April 2011 
  ii. 11 September hingga 1 Oktober 2011

Oleh yang demikian, semua GPB/GICT sekolah ahli PKG Pengkalan Balak dipohon mengisi maklumat berkenaan dalam SPPICTS melalui URL : http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my hanya pada tarikh-tarikh diatas sahaja. Harap maklum.

Jumaat, 11 Mac 2011

Bengkel Penghuraian Strategik SSQS 2011 Negeri Melaka


KOHOT 1 = 21 MAC 2011
KOHOT 2 = 22 MAC 2011
KOHOT 3 = 23 MAC 2011
 KOHOT 4 = 24 MAC 2011 


Muat turun dan cetak Instrumen KPI SSQS v.2011 mulai 16 Mac 2011

Talian Helpdesk TM

                             

     1800 22 7722


  • Mulai 7 Mac 2011, talian bantuan SchoolBroadband TM adalah 1800-22-7722 . 
  • Talian 1060 akan ditamatkan mulai 15 Mac 2011.

Selasa, 8 Mac 2011

Kajian Keberkesanan Pengurusan Program NILAM melalui sistem i-NILAM

Assalamualaikum wbrth dan Salam 1Malaysia,

Perhatian kpd semua GPM/GPSS melengkapkan soalselidik 2 melalui link berikut: http://www.eSurveysPro.com/Survey.aspx?id=f3213ae7-8437-42f8-a08b-a7c713a33d75 sebelum atau selewat-lewatnya pada 10 MAC 2011.

Harap Maklum.
Sekian terima kasih..

Selasa, 1 Mac 2011

Audit Pengurusan Pusat Kegiatan Guru Negeri Melaka Tahun 2011


 Pada 28 Februari 2011, PKG Pengkalan Balak telah di audit oleh Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) BTPN Melaka iaitu Tn Hj A. Kadir bin Zainal dan En Zakaria bin Muhammad. Terdapat 18 aspek yang di audit antaranya mesyuarat pagi, punch card, daftar keluar masuk pejabat, penggunaan telefon/elektrik/air, buku pelawat, aduan/ maklum balas pelanggan, rekod cuti, penggunaan PKG, STS,SPPICTS,SSQS, status kew-pa, pergerakan pegawai(contact hour), perancangan strategik PKG, pelan networking PKG, PSS sentral (bar code scanner), pelupusan, fail meja, buku catatan harian, dan roll call.

Kaspersky 2011

Assalamualaikum wbrth dan Salam 1Malaysia,

Berikut adalah lesen Kaspersky 2011 daripada pihak TM untuk sekolah yang melanggan TM sahaja. Sebelum memasang anda dinasihatkan unistall (membuang) Kaspersky yang mungkin telah ada di PC sekolah sebelum ini kerana ianya telah expired tempoh lesennya.

Kami telah memberikan fail dalam dropbox sekolah jika ada sekolah yang belum menerima link dropbox kami kemungkinan besar sekolah tuan-puan tercicir daripada senarai yang ada. Berikut adalah cara alternatif kami yang kedua (mohon cikgu ICT atau Juruteknik sekolah untuk membantu)

  1. Remove antivirus lain yang mungkin telah ada di PC sekolah. Kaspersky ver lama boleh gunakan tools ini http://dl.dropbox.com/u/3702340/kavremover.exe
  2. Install Kaspersky 2011 (lesen 1  tahun) windows XP download di http://dl.dropbox.com/u/3702340/Kav6.0.4.1424_winXP.exe jika ada sekolah masih menggunakan windows 98 (version lama sahaja) http://dl.dropbox.com/u/3702340/kav6.0.3.837_win98.exe
  3. Cara alternatif tuan/puan boleh muat turun melalui mediafire di URL berikut http://www.mediafire.com/?1736t8rlo5zt902
Lesen ini adalah hak milik Kementerian Pelajaran Malaysia jangan salah gunakan lesen yang diberikan kepada tuan/puan.

Speedtest Line Internet Sekolah

Assalamualaikum wbrth dan Salam 1Malaysia,

Diminta  GPB dan GPICT sekolah ahli PKG Pengkalan Balak menyemak speedtest line internet di sini. Sila maklumkan kepada PKG Pengkalan Balak sekiranya speedtest tidak mencapai 2Mbps seperti yang dibekalkan oleh TM.