Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

Di kesempatan ini PKG Pengkalan Balak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna kepada semua warga sekolah negeri Melaka.

Khamis, 28 Julai 2011

Tahniah

Tahniah kepada SMK Ade Putra dan SK Pengkalan Balak atas kejayaan mencapai 100% dalam SSQS 2011.

Isnin, 11 Julai 2011

TARIKH PENARAFAN SSQS 2011


Zon Sabah/ Sarawak / Wilayah Persekutuan Labuan
Mula : 13 Jun 2011                Tamat : 3 Julai 2011
Zon Utara / Timur
Mula : 4 Julai 2011                Tamat : 24 Julai 2011
Zon Tengah / Selatan
Mula : 25 Julai 2011             Tamat : 14 Ogos 2011

Jumaat, 8 Julai 2011

TAKLIMAT PENARAFAN BINTANG SSQS UNTUK PENGETUA/GURU BESAR

Taklimat Pelaksanaan Penarafan Sekolah Berasaskan "Smart School Qualification Standards" (SSQS) Untuk Pengetua/Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2010 telah diadakan mulai 5hb hingga 7hb Julai 2010 Kesemua 310 orang peserta dari kalangan Pentadbir sekolah telah hadir ke sesi taklimat tersebut yang dilaksanakan dalam 8 kumpulan mengikut kawasan PKG masing-masing.
Sila dapatkan Bahan Taklimat  di sini.

Jumaat, 1 Julai 2011

PENARAFAN SEKOLAH - SSQS

Penarafan Sekolah berasaskan instrumen Smart School Qualificatian Standards (SSQS) bagi Negeri Melaka akan dijalankan mulai
25 JULAI 2011 hingga 14 OGOS 2011
 Sila muat turun

Majlis Anugerah Q-Bestari Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah Tahun 2011

Majlis Anugerah Q-Bestari Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah Tahun 2011 merupakan satu majlis penganugerahan kepada sekolah-sekolah daerah Alor Gajah yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam program-program pembestarian sekolah di samping melaksanakan inisiatif ICT di sekolah secara konsisten dan efisyen.

Sekolah-sekolah yang telah berjaya dipilih akan dianugerahkan sijil kecemerlangan dan juga plak oleh Pengarah Pelajaran Melaka pada 22 September 2011 di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara.

Sekolah-sekolah yang layak akan dinilai oleh Pasukan Panel Hakim bermula 04 Julai 2011 (Isnin) hingga 26 Ogos 2011 (Jumaat). Garis panduan dan instrumen penilaian boleh di muat turun di sini.