Rabu, 28 September 2011

PELANTIKAN PENGARAH BTP

Warga BTPN dan PKG Negeri Melaka mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan
PUAN ROSNANI BT MOHAMED ALI
sebagai
Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 20 September 2011.

PERTUKARAN KETUA PENOLONG PENGARAH BTPN MELAKA

TN HJ MOHD NOR BIN HJ ABU
- Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka telah dilantik sebagai Ketua Sektor Gred DG48 di BTPN Selangor mulai 16 September 2011.
 Warga PKG Pengkalan Balak, Melaka mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan atas perlantikan ini.

Khamis, 15 September 2011

TAKLIMAT BAHAN DIGITAL MBMMBI 'myGuru' SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA 2011

Taklimat Bahan Digital MBMMBI 'myGuru' Sekolah Menengah Negeri Melaka


Tarikh    : 20 September 2011
Masa      : 2.30 ptg - 5.00 ptg
Tempat  : Pusat Kegiatan Guru Masjid Tanah
Guru yang hadir       : 1) Seorang Guru BM (Tingkatan 1)
                                       2) Seorang Guru BI (Tingkatan 1) 
Membawa bersama : 1) laptop
                                         2) extension wire


Sekian Terima Kasih

Selasa, 13 September 2011

ANUGERAH Q-BESTARI DAERAH ALOR GAJAH

Permuafakatan Pusat Kegiatan Guru Daerah Alor Gajah akan menganjurkan Majlis Anugerah Q-Bestari Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah Tahun 2011 pada 22 September 2011.
Program ini merupakan majlis penganugerahan dan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam program-program pembestarian sekolah di samping melaksanakan inisiatif ICT di sekolah secara konsisten dan efisyen.

KUTIPAN DATA SPPICTS 2/2011

Kutipan data secara atas talian menggunakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) bagi 2011 akan dilaksanakan seperti jadual berikut :

Kutipan Kedua : 11 September 2011 hingga 8 Oktober 2011

Semua sekolah diminta mengemaskini maklumat penggunaan ICT sekolah di alamat http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my .