Pusat Kegiatan Guru Pengkalan Balak - Pada 25 Februari 2011. PKG Pengkalan Balak telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Berkelompok Sekolah Ahli PKG Daerah Alor Gajah 1/2011 di bilik Serbaguna Sri Bidara. Seramai 5 orang Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) telah menghadiri dalam mesyuarat tersebut.Tn. Hj Amir bin Basar mewakili BTPN Melaka dalam mesyuarat ini. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk merancang tugasan dan aktiviti yang perlu dilaksanakan bersama secara fokus. Dengan adanya mesyuarat maka banyak kerja dan aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan.
Jumaat, 25 Februari 2011
Bengkel Konfigurasi Server PKG Negeri Melaka
Juruteknik Komputer (FT17) PKG Negeri Melaka telah diberikan pendedahan asas tentang Konfigurasi Server menggunakan platform LINUX CentOs v52. Bengkel 2 hari ini diadakan di Makmal Komputer PKG Cheng anjuran Unit PICT BTPN Melaka.
Jumaat, 18 Februari 2011
Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan dan Media (GPM)/ Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (GPSS) bil. 1/2011
Pusat Kegiatan Guru Pengkalan Balak - Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan dan Media (GPM)/ Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (GPSS) bil. 1/2011 telah dijalankan pada 17 Februari 2011 di bilik Serbaguna Sri Bidara, PKG Pengkalan Balak. Seramai 19 orang guru telah hadir dalam mesyuarat tersebut. En.Shuhani bin Hassan wakil dari BTPN Melaka telah hadir dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memberikan input yang berguna kepada GPM/ GPSS selain daripada berkongsi masalah yang dialami di sekolah.
Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT (GPICT) bil. 1/2011
Pada 16 Februari 2011 yang lalu, Pusat Kegiatan Guru Pengkalan Balak telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT (GPICT) bil. 1/2011. Seramai 18 orang guru telah menghadiri mesyuarat tersebut. En. Sulaiman b. Abd. Rahim dan Pn. Nor Sherliza bt. Abu Bakar wakil dari BTPN Melaka telah hadir dalam mesyuarat ini. Banyak informasi telah diberikan. Antara agenda didalam mesyuarat tersebut adalah Ucapan Ketua PKG, Ucapan Wakil BTPN Melaka, Perlantikan JawatanKuasa Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ Guru Penyelaras ICT (GPICT), Bidang Tugas GPB/ GPICT, Perancangan Tahunan, Inisiatif ICT (SSQS, SPPICTS, STS, EDUWEBTV), Dokumentasi / Pelaporan, Perancangan PKG untuk GPB/ GPICT, Perkhidmatan Rangkaian Internet, Khidmat Bantu ICT PKG, dan Blog PKG. Semua guru memberikan respon yang baik dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya.
Khamis, 17 Februari 2011
PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DI SEKOLAH BAGI TEMPOH INTERIM
Untuk tujuan pemantauan ketersediaan (availability) talian internet di sekolah-sekolah seluruh negara bagi tempoh interim Januari 2011 hingga Disember 2011, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Memo Antara Bahagian/Jabatan KP(BTP-PENT) 8800/50/1 Jld. 19 (52) bertarikh 7 Februari 2011 memerlukan maklumat berkaitan perkhidmatan internet yang dilanggan oleh sekolah.
Sekolah dikehendaki memuat turun memo berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya seperti yang dikehendaki.
Isnin, 14 Februari 2011
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H
Dikesempatan ini, PKG Pengkalan Balak ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi, sambutan yang akan diadakan pada hari esok hari selasa iaitu dengan TEMA KEBANGSAAN 2011 “1 MALAYSIA 1 UMMAH” yang bertujuan umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.
Selasa, 8 Februari 2011
Mesyuarat Pengurusan PKG Pengkalan Balak
Kepada Semua GPB/GICT Sekolah Ahli PKG Pengkalan Balak
MESYUARAT PENGURUSAN GPB/GICT PKG(07)PENGKALAN BALAK BIL. 1/2011
Tarikh : 16 FEBRUARI 2011
Hari : Rabu
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Bilik Serbaguna Sri Bidara, Pusat Kegiatan Guru(07)Pengkalan Balak
Kepada Semua GPM/ GPSS Sekolah Ahli PKG Pengkalan Balak
MESYUARAT PENGURUSAN GPM/ GPSS PKG(07)PENGKALAN BALAK BIL. 1/2011
Tarikh : 17 FEBRUARI 2011
Hari :Khamis
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Bilik Serbaguna Sri Bidara, Pusat Kegiatan Guru(07)Pengkalan Balak
MESYUARAT PENGURUSAN GPB/GICT PKG(07)PENGKALAN BALAK BIL. 1/2011
Tarikh : 16 FEBRUARI 2011
Hari : Rabu
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Bilik Serbaguna Sri Bidara, Pusat Kegiatan Guru(07)Pengkalan Balak
Kepada Semua GPM/ GPSS Sekolah Ahli PKG Pengkalan Balak
MESYUARAT PENGURUSAN GPM/ GPSS PKG(07)PENGKALAN BALAK BIL. 1/2011
Tarikh : 17 FEBRUARI 2011
Hari :Khamis
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Bilik Serbaguna Sri Bidara, Pusat Kegiatan Guru(07)Pengkalan Balak
Isnin, 7 Februari 2011
MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL 5-BINTANG (SSQS) KEPADA 93 BUAH SEKOLAH
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Puan Hjh Juliah bt. Hj Leman, Pengarah Pelajaran Melaka pada 26 Januari 2010 di Dewan Al-Khawarizmi, BTPN Melaka. Sebanyak 93 buah sekolah Negeri Melaka telah berjaya mencapai 5-Bintang dalam penarafan sekolah berasaskan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada 2010.
Langgan:
Catatan (Atom)






