Bahawa BTPN Melaka sedang mencari Tokoh NILAM Peringkat Negeri Melaka bagi Tahun 2011. Sehubungan itu, Borang Pencalonan Tokoh NILAM telah diberi semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Kegiatan Guru (07) Pengkalan Balak Bil. 1/2011. Tarikh tutup penyertaan: 22 Julai 2011
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat : Makmal Sains SRA Al Falah Pegawai Pemantau : En. Ab Razak bin Sampul Sasaran : Pn. Zalilah binti Ab. Ghaffar (GICT SRA Al Falah) Pn. Nur Zaidah binti Razali (FT PKG Pengkalan Balak) Pn. Noraishah binti Abdul Wahid (FT SK Tanjong Bidara) Pn. Zawiyah binti Rashid (FT SKJ C Paya Mengkuang) Cik Zuraida binti Md Said (FT SK Pengkalan Balak) En. Mohd Hazman bin Harun (FT SMK Rahmat) Ringkasan Aktiviti :
* Reformat sebuah komputer dan 2 buah laptop dilengkapi dengan MS Office 2003, Kaspersky Antivirus daripada TM dan standard software.
* 2 buah komputer dan 8 buah laptop PPSMI diselenggara. * Selenggara printer yang terdapat di bilik guru didapati paper jam dapat diatasi dan berfungsi seperti biasa.
Kepada semua Pengetua/ Guru Besar dan Guru Perpustakaan dan Media(GPM) / Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah(GPPSS)sekolah ahli PKG Pengkalan Balak Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Kegiatan Guru (07) Pengkalan Balak Bil. 1/2011
Tarikh : 21 Jun 2011
Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Serbaguna Sri Bidara, Pusat Kegiatan Guru(07)Pengkalan Balak
Tahniah diucapkan kepada Tn. Haji Mohamad Yusuff Bin Osman diatas perlantikan sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka yang baru. Kami warga PKG Pengkalan Balak ingin mengucapkan selamat datang dan semoga Jabatan Pelajaran Melaka akan maju kehadapan di bawah pentadbiran beliau.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik semasa peralihan dasar PPSMI ke MBMMBI mulai tahun 2010.
[Sumber : SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2 / 2010 bertarikh 14 Januari 2010 : PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)]
Nama Program : Khidmat Bantu ICT SK Kampong Tengah
Tarikh : 5 Mei 2011
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat : Makmal Komputer SK Kampong Tengah Pegawai Pemantau : En. Ab Razak bin Sampul Sasaran : En. Ramli bin Baba (GICT SK Kampong Tengah) Pn. Nur Zaidah binti Razali (FT PKG Pengkalan Balak) Pn. Zawiyah binti Rashid (FT SKJ C Paya Mengkuang) Cik Zuraida binti Md Said (FT SK Pengkalan Balak) En. Mohd Hazman bin Harun (FT SMK Rahmat) Ringkasan Aktiviti :
* Reformat 2 buah komputer dilengkapi dengan MS Office 2003, Kaspersky Antivirus daripada TM dan standard software.
* 11 buah komputer dan 6 buah laptop PPSMI diselenggara.