Jumaat, 29 Julai 2011
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak
Di kesempatan ini PKG Pengkalan Balak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna kepada semua warga sekolah negeri Melaka.
Khamis, 28 Julai 2011
Isnin, 11 Julai 2011
TARIKH PENARAFAN SSQS 2011
Mula : 13 Jun 2011 Tamat : 3 Julai 2011
Zon Utara / Timur
Mula : 4 Julai 2011 Tamat : 24 Julai 2011
Zon Tengah / Selatan
Mula : 25 Julai 2011 Tamat : 14 Ogos 2011
Jumaat, 8 Julai 2011
TAKLIMAT PENARAFAN BINTANG SSQS UNTUK PENGETUA/GURU BESAR
Taklimat Pelaksanaan Penarafan Sekolah Berasaskan "Smart School Qualification Standards" (SSQS) Untuk Pengetua/Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2010 telah diadakan mulai 5hb hingga 7hb Julai 2010 Kesemua 310 orang peserta dari kalangan Pentadbir sekolah telah hadir ke sesi taklimat tersebut yang dilaksanakan dalam 8 kumpulan mengikut kawasan PKG masing-masing.
Sila dapatkan Bahan Taklimat di sini.
Jumaat, 1 Julai 2011
PENARAFAN SEKOLAH - SSQS
Penarafan Sekolah berasaskan instrumen Smart School Qualificatian Standards (SSQS) bagi Negeri Melaka akan dijalankan mulai
25 JULAI 2011 hingga 14 OGOS 2011
Sila muat turun
Majlis Anugerah Q-Bestari Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah Tahun 2011
Majlis Anugerah Q-Bestari Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah Tahun 2011 merupakan satu majlis penganugerahan kepada sekolah-sekolah daerah Alor Gajah yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam program-program pembestarian sekolah di samping melaksanakan inisiatif ICT di sekolah secara konsisten dan efisyen.Sekolah-sekolah yang telah berjaya dipilih akan dianugerahkan sijil kecemerlangan dan juga plak oleh Pengarah Pelajaran Melaka pada 22 September 2011 di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara.
Sekolah-sekolah yang layak akan dinilai oleh Pasukan Panel Hakim bermula 04 Julai 2011 (Isnin) hingga 26 Ogos 2011 (Jumaat). Garis panduan dan instrumen penilaian boleh di muat turun di sini.
Langgan:
Catatan (Atom)


