Isnin, 19 Februari 2018

LAPORAN SPEEDTEST 2018 BULAN FEB PKG07

Laporan speedtest untuk tahun 2018 telah dilaksanakan. Laporan ini adalah salah satu bukti untuk mengenalpasti keupayaan Internet di sekolah ahli PKG Pengkalan Balak.

Oleh itu, pihak sekolah diminta untuk mengikut langkah-langkah di bawah:

1. Sila layari http://www.speedtest.net/ untuk mendapatkan data Mbps pada Zoom YES atau OCPE terpilih. Lakukan sebanyak 3 kali dengan sela masa 5 - 10 minit.

2. Seterusnya, data Mbps boleh di isi pada pautan ini: Laporan Speedtest 2018

Kerjasama pihak sekolah ahli amatlah dihargai.

Sekian Terima kasih

Jumaat, 29 Disember 2017

PEMULANGAN NETBOOK 1 MALAYSIA

Pemulangan Netbook 1 Malaysia bertujuan untuk melaksanakan penyelenggaraan ke atas Netbook 1 Malaysia untuk sekolah-sekolah terpilih sahaja. Tarikh akhir pemulangan pada 15hb Januari 2018. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah telibat perlu mengisi borang semasa penyerahan dilaksanakan di PKG Pengkalan Balak

Sila klik Surat Arahan dan Borang Netbook 1 Malaysia

Jumaat, 20 Oktober 2017

BENGKEL PENGURUSAN FAIL PSS

Di jemput kepada semua Guru Penyelaras PSS dan PTPO Rintis Sekolah Ahli PKG Pengkalan Balak untuk menghadiri bengkel pada :

Tarikh   : 24.10.2017 (Selasa)
Masa     : 2.00 pm
Tempat : PKG Pengkalan Balak

Sila Klik: Surat panggilan / Lampiran

Sekian Terima Kasih

Khamis, 5 Oktober 2017

TAKLIMAT PEMUAFAKATAN SEKOLAH AHLI PKG PENGKALAN BALAK BIL.2/2017

Di jemput kepada semua Guru Besar/ Pengetua Sekolah Ahli PKG Pengkalan Balak untuk menghadiri taklimat pada :

Tarikh   : 09.10.2017 (Isnin)
Masa     : 2.00 pm
Tempat : PKG Pengkalan Balak

Sila Klik: Surat panggilan

Sekian Terima Kasih

Rabu, 27 September 2017

CARTA PEMBESTARIAN SEKOLAH (GPICT)

Sila klik tiga pautan dokumen tersebut:


Dokumen tersebut sebagai panduan dan rujukan Guru Penyelaras ICT Sekolah untuk menguruskan Pembestarian dengan lebih berkesan.

EDARAN KOMPUTER TERPAKAI KPM DI NEGERI MELAKA

Tuan/Puan

Dilampirkan borang untuk diisi Sekolah berkenaan edaran komputer terpakai KPM kepada sekolah yang memerlukan seperti

1. PC di makmal telah lupus
2. Tidak dapat apa2 pembekalan PC
3. PC yang ada tidak  mencukupi kerana murid terlalu ramai

Untuk makluman, pembekalan ini melibatkan PC sahaja, *tiada perabot yang dibekalkan sekali*

Tarikh akhir adalah 28 September 2017 jam 5.00 petang

Borang ==> http://gg.gg/63hlm

Selasa, 26 September 2017

CARTA ORGANISASI (GPM)

Sila klik tiga pautan dokumen tersebut:


Dokumen tersebut sebagai panduan dan rujukan Guru Perpustakan dan Media Sekolah untuk menguruskan Pusat Sumber Sekolah dengan lebih berkesan.

MESYUARAT GURU PENYELARAS ICT PKG PENGKALAN BALAK

Di jemput kepada semua GPICT Sekolah Ahli PKG Pengkalan Balak untuk menghadiri mesyuarat pada :

Tarikh   : 27.9.2017 (Rabu)
Masa     : 2.00 pm
Tempat : PKG Pengkalan Balak

Sila Klik: Surat Mesyuarat ICT

Sekian Terima Kasih


Khamis, 14 September 2017

PELANTIKAN GPM FASA 2 TAHUN 2017

Dimaklumkan juga terdapat beberapa perubahan GPM atas sebab-sebab tertentu di pihak sekolah. Sekiranya ada, mohon lengkapkan borang permohonan yang baharu dan hantar kepada saya selewat-lewatnya 18 September 2017.

Tuan juga diminta melengkapkan data pada sheet LANTIKAN GPM FASA 2 menerusi pautan berikut;


Sila ambil maklum bahawa pelantikan adalah secara pukal dan memerlukan komitmen semua pihak terlibat agar melengkapkan data dan mengemukakan borang permohonan selewat-lewatnya 18 September 2017.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi saya. Sekian, terima kasih.


NORHAFIZA BINTI BAHARUDDIN
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan
BTPN MELAKA
TEL: 06-232 4478/016 6907 500

SURAT MAKLUMAN KEHADIRAN VENDOR KE SEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan

Surat Pemakluman kehadiran Vendor untuk penyelenggaraan ICT sekolah negeri Melaka 2017 untuk diedarkan kepada sekolah ahli. 


Sila klik : Surat vendor

Sekian Terima Kasih

Rabu, 6 September 2017

SENARAI PENYELENGGARAAN ICT 2017

Di minta kepada sekolah-sekolah ahli yang terlibat dalam penyelenggaraan ICT STS menyediakan KEWPA 2, KEWPA 9 dan Peralatan ICT.

Sila klik : Senarai STS

Kerjasama pihak sekolah yang telibat amat dihargai.

Selasa, 5 September 2017

MESYUARAT KETUA PENYELARAS PSS SEKOLAH AHLI PKG PENGKALAN BALAK BIL2/2017

Di jemput kepada semua Ketua Penyelaras PSS Sekolah Ahli PKG Pengkalan Balak untuk menghadiri mesyuarat pada :

Tarikh   : 7.9.2017
Masa     : 2.00 pm
Tempat : PKG Pengkalan Balak

Sila Klik: Surat Mesyuarat PSS

Sekian Terima Kasih


Jumaat, 21 Julai 2017

SSQS 2017

Tuan / Puan,

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk dan surat BTP, KPM (Ruj. KP(BTP-PPSB)8817/3/4 Jld. 3 (86)) adalah berkaitan.

2. Seperti mana yang tuan / puan sedia maklum, penarafan Pembestarian Sekolah melalui Smart School Qualification Standards (SSQS) akan dilaksanakan mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2017.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan pautan untuk mendapatkan Instrumen, Indikator dan Garis Panduan SSQS 3.0 untuk makluman awal tuan / puan sebelum taklimat yang dijangka pada minggu hadapan. Diharap tuan / puan dapat memahami instrumen tersebut dan jika ada pertanyaan boleh diajukan semasa taklimat SSQS nanti.

Laman sesawang SSQS 3.0 ---> http://best.moe.edu.my/ssqs/melaka/

Muat turun:

Instrumen SSQS
Garis Panduan


Sekian, terima kasih

Isnin, 10 Julai 2017

LAPORAN STS 2016 - 2017

Suport Ticketing System (STS) merupakan satu langkah untuk pihak pengurusan ICT sekolah melaporkan kerosakan peralatan ICT. Laman sesawang STS boleh di akses dengan menekan pautan berikut http://sts.moe.edu.my/.

Berikut dilampirkan sekolah-sekolah yang telah melaporkan kerosakan ICT untuk diselenggara.

Sila Klik pautan ini ---> Laporan STS 2017

Jumaat, 23 Jun 2017

Jumaat, 5 Mei 2017

BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIOANLISME BAGI PPTM / FT PKG DAN SEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH

Sukacita dimaklumkan bahawa PKG (08) Alor Gajah dengan kerjasama semua PKG di daerah Alor Gajah akan mengadakan satu bengkel Pemantapan Profesionalisme bagi PPTM dan FT PKG serta Sekolah-sekolah daerah Alor Gajah pada ketetapan berikut:

Tarikh     : 9.5.2017
Hari        : Selasa
Masa       : 8.00 a.m
Tempat    : Bilik Kuliah, PKG Ganun

Kehadiran diwajibkan.

Sila muatturun surat panggilan : Bengkel Pemantapan Profesionalisme

Rabu, 26 April 2017

LAPORAN SPEEDTEST SEKOLAH PKG PENGKALAN BALAK 2017

Laporan speedtest untuk tahun 2017 telah dilaksanakan. Laporan ini adalah salah satu bukti untuk mengenalpasti keupayaan Internet di sekolah ahli PKG Pengkalan Balak.

Oleh itu, pihak sekolah diminta untuk mengikut langkah-langkah di bawah:

1. Sila layari http://www.speedtest.net/ untuk mendapatkan data Mbps di Makmal Komputer.

2. Seterusnya, data Mbps boleh di isi pada pautan ini: Laporan Speedtest 2017

Kerjasama pihak sekolah ahli amatlah dihargai.

Sekian Terima kasih

LAPORAN PENGGUNAAN VLE DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA MINGGU KE-16 TAHUN 2017

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia,
Salam BTPN Melaka Peneraju Tranformasi Teknologi Pendidikan.

Y.Bhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikut dilampirkan laporan berkaitan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

3. Semua laporan penggunaan VLE 2017 iaitu bermula dari minggu pertama hingga yang terkni boleh dimuat turun melalui pautan-pautan berikut;

atau

Sekan dimaklumkan. Terima kasih.

BORANG PERMOHONAN PERLUPUSAN BUKU PERPUSTAKAAN

Bersama-sama ini lampirkan bahan yang diperlukan untuk rujukan dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Sila klik di sini: Borang perlupusan buku

Sekian terima kasih

PELANTIKAN SEMULA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM)

Bagi permohonan GPM baharu, Sila klik di sini: Borang permohonan GPM 2017.

Sila ambil maklum bahawa semua pelantikan GPM sebelum NBOS adalah terbatal. Sehubungan dengan itu semua GPM 152 sekolah yang tidak mendapat khidmat Pembantu Guru, perlu memohon semula.

Sekian, terima kasih.