Isnin, 19 Februari 2018

LAPORAN SPEEDTEST 2018 BULAN FEB PKG07

Laporan speedtest untuk tahun 2018 telah dilaksanakan. Laporan ini adalah salah satu bukti untuk mengenalpasti keupayaan Internet di sekolah ahli PKG Pengkalan Balak.

Oleh itu, pihak sekolah diminta untuk mengikut langkah-langkah di bawah:

1. Sila layari http://www.speedtest.net/ untuk mendapatkan data Mbps pada Zoom YES atau OCPE terpilih. Lakukan sebanyak 3 kali dengan sela masa 5 - 10 minit.

2. Seterusnya, data Mbps boleh di isi pada pautan ini: Laporan Speedtest 2018

Kerjasama pihak sekolah ahli amatlah dihargai.

Sekian Terima kasih

Jumaat, 29 Disember 2017

PEMULANGAN NETBOOK 1 MALAYSIA

Pemulangan Netbook 1 Malaysia bertujuan untuk melaksanakan penyelenggaraan ke atas Netbook 1 Malaysia untuk sekolah-sekolah terpilih sahaja. Tarikh akhir pemulangan pada 15hb Januari 2018. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah telibat perlu mengisi borang semasa penyerahan dilaksanakan di PKG Pengkalan Balak

Sila klik Surat Arahan dan Borang Netbook 1 Malaysia

Jumaat, 20 Oktober 2017

BENGKEL PENGURUSAN FAIL PSS

Di jemput kepada semua Guru Penyelaras PSS dan PTPO Rintis Sekolah Ahli PKG Pengkalan Balak untuk menghadiri bengkel pada :

Tarikh   : 24.10.2017 (Selasa)
Masa     : 2.00 pm
Tempat : PKG Pengkalan Balak

Sila Klik: Surat panggilan / Lampiran

Sekian Terima Kasih

Khamis, 5 Oktober 2017

TAKLIMAT PEMUAFAKATAN SEKOLAH AHLI PKG PENGKALAN BALAK BIL.2/2017

Di jemput kepada semua Guru Besar/ Pengetua Sekolah Ahli PKG Pengkalan Balak untuk menghadiri taklimat pada :

Tarikh   : 09.10.2017 (Isnin)
Masa     : 2.00 pm
Tempat : PKG Pengkalan Balak

Sila Klik: Surat panggilan

Sekian Terima Kasih

Rabu, 27 September 2017

CARTA PEMBESTARIAN SEKOLAH (GPICT)

Sila klik tiga pautan dokumen tersebut:


Dokumen tersebut sebagai panduan dan rujukan Guru Penyelaras ICT Sekolah untuk menguruskan Pembestarian dengan lebih berkesan.

EDARAN KOMPUTER TERPAKAI KPM DI NEGERI MELAKA

Tuan/Puan

Dilampirkan borang untuk diisi Sekolah berkenaan edaran komputer terpakai KPM kepada sekolah yang memerlukan seperti

1. PC di makmal telah lupus
2. Tidak dapat apa2 pembekalan PC
3. PC yang ada tidak  mencukupi kerana murid terlalu ramai

Untuk makluman, pembekalan ini melibatkan PC sahaja, *tiada perabot yang dibekalkan sekali*

Tarikh akhir adalah 28 September 2017 jam 5.00 petang

Borang ==> http://gg.gg/63hlm

Selasa, 26 September 2017

CARTA ORGANISASI (GPM)

Sila klik tiga pautan dokumen tersebut:


Dokumen tersebut sebagai panduan dan rujukan Guru Perpustakan dan Media Sekolah untuk menguruskan Pusat Sumber Sekolah dengan lebih berkesan.