Khamis, 16 Mei 2013

BORANG MAKLUMAT PELUPUSAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Tuan/Puan

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan atau puan, pihak Bahagian Teknologi Pendidikan akan membuat proses perlupusan peralatan ICT sekola-sekolah KPM.

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan atau puan dikehendaki untuk mengisi maklumat peralatan ICT berdasarkan maklumat yang terdapat dalam borang melalui pautan di bawah:

https://docs.google.com/spreadsheet/ccc?key=0AqmLNrFXStXDdFIwSUdoWjR4WVRScUU4Y1IyZTJGSFE#gid=0

4. Tarikh tutup pengisian pada 27hb May 2013(Isnin). Sebarang pertanyaan boleh hubungi no 06-3844569

Kerjasama daripada pihak tuan atau puan didahului dengan ucapan terima kasih

SELAMAT HARI GURU 2013



Assalamualaikum & Selamat Pagi

Kami warga PKG Pengkalan Balak mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru-guru seluruh Malaysia.

Semoga bersama kita mengorak langkah ke hadapan dalam memacu perkembangan & kecemerlangan pendidikan.

Selasa, 5 Februari 2013

PENARAFAN iQ-PSS 2013

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Penarafan iQ-PSS bermula pada 07 Januari 2013 hingga 31 Mac 2013. Oleh itu pihak sekolah ahli (Penyelaras Pusat Sumber) dapat membuat penarafan dengan awal supaya pihak PKG dapat membuat pengesahan sebelum tarikh tersebut.

Penarafan boleh dilakukan di portal BTP Tarantula (http://iqpss.tarantula.my/).

Kerjasama dari pihak sekolah amat diperlukan. jika terdapat permasalahan boleh terus hubungi pihak PKG Pengkalan Balak. 

Sekian Terima Kasih.

Rabu, 23 Januari 2013

Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah 2013

Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah 2013

Dengan segala hormatnya, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, akan mengadakan satu Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah 2013.

Sehubungan dengan itu, diminta Pengetua atau Guru Besar mencadangkan seorang GKMP (Sek Men) atau Ketua Panitia (Sek Ren)sebagai jawatan Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.

Surat panggilan taklimat boleh dimuatturan di 'tab' muatturun dalam folder 'panggilan' di blog ini di bawah nama 'Taklimat PSS 29 01 2013'.

Tarikh    : 29hb Januari 2013 (selasa)
Masa     : 2.30 p.m 
Tempat  : Bilik Al-Khawarizmi
          Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka


Sekian Terima Kasih

Khamis, 10 Januari 2013

Taklimat IQPSS 2013


Taklimat Memperkasakan Program IQPSS Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2013

Dengan segala hormatnya, pihak Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, akan mengadakan satu Taklimat Memperkasakan Program IQPSS Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2013.

Sehubungan dengan itu, diminta Guru Penolong Kanan 1 dari sekolah tuan / puan untuk hadir pada ketetapan berikut:

Tarikh    : 31hb Januari 2013 (Khamis)
Masa     : 7.30 a.m - 11.00 a.m 
Tempat  : Bilik Al-Khawarizmi
               Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
Sekolah : SK Kem Terendak 2
yang 
terlibat

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Shuhani Bin Hassan ditalian 06-2324478 atau 012-3121544

Surat panggilan boleh dimuaturun pada 'tab' muatturun dalam folder 'surat panggilan' di laman blog ini.

Sekian Terima Kasih

Taklimat NILAM 2013

Taklimat Memperkasakan Program NILAM Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2013

Dengan segala hormatnya, pihak Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, akan mengadakan satu Taklimat Memperkasakan Program NILAM Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2013.

Sehubungan dengan itu, diminta Guru Penolong Kanan 1 dari sekolah tuan / puan untuk hadir pada ketetapan berikut:

Tarikh    : 31hb Januari 2013 (Khamis)
Masa     : 10.30 a.m - 1.00 p.m 
Tempat  : Bilik Al-Khawarizmi
               Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
Sekolah : SM Arab JAIM Darul Falah
yang 
terlibat

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Shuhani Bin Hassan ditalian 06-2324478 atau 012-3121544

Surat panggilan boleh dimuaturun pada 'tab' muatturun dalam folder 'surat panggilan' di laman blog ini.

Sekian Terima Kasih

STS 2013

Makluman bahawa penyelenggaraan peralatan ICT Sekolah untuk tahun 2013 telah bermula. 

Aduan mestilah dibuat sebelum 15 Januari 2013 bagi penyenggaraan pusingan pertama.

Jika ada aduan yang dibuat sebelum 01 Disember 2012 yang masih belum diambil tindakan,
sekolah hendaklah melaporkan semula ke dalam STS.

Aduan yang dibuat selepas 15 Januari 2013 akan dimasukkan ke pusingan kedua pada Julai 2013.

Aduan hendaklah dibuat di laman sesawang STS baru (http://devsps.moe.edu.my/).

Sebarang pertanyaan pihak sekolah boleh hubungi PKG Pengkalan Balak di talian 06-3844569.

Sekian Terima Kasih