Profil PKG


Visi
  • Wujudnya budaya penggunaan media dan tenologi pendidikan di setiap sekolah. 

Misi
  • Membina dan mengekalkan budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan secara kreatif di kalangan guru dan pelajar di setiap sekolah bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Objektif
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknopen. 
  • Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah 
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
  • Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah. 
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat 
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.


Fungsi Utama PKG
  • Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS dan program gerakan membaca di sekolah.
  • Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah.
  • Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.
  • Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.
  • Menyediakan bantuan sumber pendidikan dalam pelbagai media.

 Matlamat
  • Selaras dengan konsep penubuhannya, matlamat PKG adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara.