PKG ( 07 ) Pengkalan Balak merupakan salah sebuah daripada 367 buah PKG yang terdapat di Malaysia dan di antara 16 buah PKG yang terdapat di negeri Melaka.
Ditubuhkan pada tahun 1986, ketika itu dikenali sebagai PSPD ( Pusat Sumber Pendidikan Daerah) di mana keahliannya adalah terdiri daripada sekolah rendah sahaja.
Mulai 26 Julai 1990, PSPD ini telah ditukarkan namanya kepada Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) dan keahliannya telah diperluaskan sehingga ke sekolah menengah dan sekolah JAIM.
Asalnya PKG ini terletak di SK Pengkalan Balak namun akibat dari pertambahan pelajar serta keperluan kelas yang mendesak, PKG ini akhirnya terpaksa berpindah ke bangunan sekarang di SK Tanjung Bidara.
Kedudukannya di tengah - tengah kelompok 18 buah sekolah ahli, memudahkan sekolah - sekolah tersebut berhubung dan mendapatkan kemudahan daripada PKG.