Jumaat, 25 Februari 2011

Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Berkelompok Sekolah Ahli PKG Daerah Alor Gajah 1/2011

Pusat Kegiatan Guru Pengkalan Balak - Pada 25 Februari 2011. PKG Pengkalan Balak telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan Berkelompok Sekolah Ahli PKG Daerah Alor Gajah 1/2011 di bilik Serbaguna Sri Bidara. Seramai 5 orang Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) telah menghadiri dalam mesyuarat tersebut.Tn. Hj Amir bin Basar mewakili BTPN Melaka dalam mesyuarat ini. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk merancang tugasan dan aktiviti yang perlu dilaksanakan bersama secara fokus. Dengan adanya mesyuarat maka banyak kerja dan aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan.