Selasa, 22 Mac 2011

Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Salam 1 Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka telah diberi tanggungjawab untuk memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah pada tahun 2011. 
Lapan (8) dimensi inisiatif yang dikenalpasti untuk dipantau dan dinilai pada tahun ini iaitu :
 i. Capaian Internet
 ii. Pusat Akses Sekolah
 iii. Makmal Komputer
 iv. Eduweb TV
  v. Peralatan PPSMI
 vi. Perisian Kursus Pendidikan
vii. ICT Dalam Pengurusan dan Pentadbiran
viii. Perkongsian Pintar
Sehubungan dengan itu, kutipan data secara online dengan menggunakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) bagi tahun ini akan dilaksanakan sebanyak dua (2) kali seperti berikut :

  i. 27 Mac hingga 16 April 2011 
  ii. 11 September hingga 1 Oktober 2011

Oleh yang demikian, semua GPB/GICT sekolah ahli PKG Pengkalan Balak dipohon mengisi maklumat berkenaan dalam SPPICTS melalui URL : http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my hanya pada tarikh-tarikh diatas sahaja. Harap maklum.