Selasa, 24 Mei 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti Pusat Kegiatan Guru Pengkalan Balak Bil.1/2011

Pada 12 Mei 2011 yang lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti Pusat Kegiatan Guru Pengkalan Balak  Bil.1/2011 di Bilik Serbaguna Sri Bidara, PKG Pengkalan Balak. Seramai 18 orang Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Pengkalan Balak yang hadir dalam mesyuarat tersebut dan dipengerusikan oleh Tn. Hj Abdul Kadir bin Zainal wakil KPP BTPN Melaka. Turut hadir bersama En Yusri bin Suib bagi membentangkan Hari Q-Bestari Daerah Alor gajah. Antara agenda mesyuarat adalah Ucapan Aluan Pengerusi, Ucapan Tuan KPP BTPN Melaka, Perkara Berbangkit/ Maklumbalas Minit, Pelaporan Kewangan berakhir 31 Disember 2009 dan 2010, Perancangan Aktiviti Jawatankuasa Tahun 2011, Hari Anugerah Q-Bestari dan Hal-hal lain.



Khidmat Bantu ICT SK Othman Shawal


Nama Program : Khidmat Bantu ICT SK Othman Shawal
Tarikh : 5 Mei 2011
Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Othman Shawal
Pegawai Pemantau : En. Ab Razak bin Sampul
Sasaran :
Pn. Irdawati binti Muhamad (GICT SK Othman Shawal)
Pn. Nur Zaidah binti Razali (FT PKG Pengkalan Balak)
Pn. Noraishah binti Abdul Wahid (FT SK Tanjong Bidara)
Pn. Zawiyah binti Rashid (FT SKJ C Paya Mengkuang)
Cik Zuraida binti Md Said (FT SK Pengkalan Balak)
En. Mohd Hazman bin Harun (FT SMK Rahmat)
Ringkasan Aktiviti :
* Telah format 3 buah komputer dilengkapi dengan MS Office 2003, Kaspersky Antivirus daripada TM dan standard software.
* 10 buah komputer diklonkan dengan menggunakan software HDClone.
5 buah komputer dan 3 buah laptop PPSMI diselenggara. 

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011

Di kesempatan ini PKG Pengkalan Balak ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di seluruh Malaysia.Semoga anda semua terus berbakti untuk rakyat dan negara yang tercinta.

Selasa, 3 Mei 2011

Khidmat Bantu ICT SK Kem Terendak 1



Nama Program : Khidmat Bantu ICT SK Kem Terendak 1
Tarikh : 28 April 2011
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Kem Terendak 1
Pegawai Pemantau : En. Ab Razak bin Sampul
Sasaran :
En. Kamaruzaman bin Ahmad (GICT SK Kem Terendak 1)
Pn. Nur Zaidah binti Razali (FT PKG Pengkalan Balak)
Pn. Noraishah binti Abdul Wahid (FT SK Tanjong Bidara)
Cik Zuraida binti Md Said (FT SK Pengkalan Balak)
En. Mohd Hazman bin Harun (FT SMK Rahmat)
Ringkasan Aktiviti :
* Telah format sebuah komputer dilengkapi dengan MS Office 2003, Kaspersky Antivirus daripada TM dan standard software.
* 17 buah komputer diklonkan dengan menggunakan software HDClone.