Pada 12 Mei 2011 yang lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti Pusat Kegiatan Guru Pengkalan Balak Bil.1/2011 di Bilik Serbaguna Sri Bidara, PKG Pengkalan Balak. Seramai 18 orang Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Pengkalan Balak yang hadir dalam mesyuarat tersebut dan dipengerusikan oleh Tn. Hj Abdul Kadir bin Zainal wakil KPP BTPN Melaka. Turut hadir bersama En Yusri bin Suib bagi membentangkan Hari Q-Bestari Daerah Alor gajah. Antara agenda mesyuarat adalah Ucapan Aluan Pengerusi, Ucapan Tuan KPP BTPN Melaka, Perkara Berbangkit/ Maklumbalas Minit, Pelaporan Kewangan berakhir 31 Disember 2009 dan 2010, Perancangan Aktiviti Jawatankuasa Tahun 2011, Hari Anugerah Q-Bestari dan Hal-hal lain.


