Isnin, 9 Disember 2013

Pelaksanaan Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) KPM

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Saya diarah untuk menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas dan e-mel KS Pengurusan Aplikasi Pendidikan bertajuk "Pelaksanaan Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) KPM" bertarikh 24 Jun 2013 adalah berkaitan.

2.     Dimaklumkan bahawa mulai 1 Julai 2013, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) mula digunakan secara rasmi di semua sekolah KPM yang melibatkan enam (6) modul teras. Sehingga 31 Disember 2013, data sekolah (EMIS), data staf (EMIS/SMG) dan data murid (APDM/SMM) akan dapat dikutip dari SPS.

3.    Sehubungan dengan pelaksanaan SPS ini, sekolah yang mempunyai masalah boleh membuat panggilan kepada talian bebas tol 1-800 xxxx (yang akan dimaklumkan nanti ke semua sekolah dan BTP serta rangkaiannya). Disebabkan talian masih belum tersedia, pihak kami menyediakan talian sementara untuk pihak sekolah membuat sebarang aduan ke Meja Bantuan SPS Aras 1 di BTP.

4.    Oleh itu, buat sementara waktu, pihak sekolah boleh membuat panggilan di pusat Meja Bantuan SPS Aras 1 (BTP) dengan menggunakan talian seperti berikut:

     1.  03-  2081 8113
     2.  03- 2081 8114
     3.  03- 2081 8115
     4.  03-  2081 8116
     5.  03- 2081 8117
     6.  03- 2081 8119

5.   Pihak sekolah juga boleh membuat aduan ke pusat Meja Bantuan BTP melalui e-mel di alamat seperti berikut:

      1.  sps.helpdesk@moe.edu.my
      2.  sps.helpdesk2013@gmail.com


7. 
   Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan melalui e-emel ssms@moe.edu.my (UP: Tuan Haji Mohd Haliza)

Sekian, terima kasih.