Isnin, 11 Januari 2016

STATUS NAIK TARAF CHROMEBOOK KEPADA CHROME OS VERSI 44

Merujuk surat BTP, KPM iaitu KP(BTP-PENT)S8800/50/27-1 Jld.5 (40) yang bertarikh 16 Disember 2015 seperti yang dilampirkan ini.

1. Pastikan sekolah telah menerima surat pemberitahuan ini daripada Jabatan Pendidikan Melaka. ( sekiranya belum terima,jasa baik tuan dipohon untuk panjangkan surat ini kepada sekolah tersebut )
2. Pastikan proses naik taraf secara automatik ini semasa Chromebook dirangkaikan ke talian internet bermula sebelum sesi persekolahan tahun 2016 sehingga akhir Januari 2016.
3. Sekiranya terdapat sekolah yang gagal menaiktaraf secara automatik, maka sila arahkan pihak sekolah laporkan ke meja bantuan Syarikat YTLC di talian 018-7998787 atau email moesupport@ytlcomms.my atau
    sistem 1BNSelfCare bagi memohon bantuan pihak YTLC untuk melaksanakan kerja menaiktaraf secara manual di permis sekolah tersebut secara on-site.

Kerjasama serta komitmen tuan dalam hal ini amat disanjung tinggi dan didahului ucapan jutaan terima kasih.

Sila klik di sini untuk manual naik taraf chromebook : https://drive.google.com/file/d/0B6mLNrFXStXDZDYzN3c2bE1vR28/view?usp=sharing

Sekian, 

" Sehati Sejiwa "
" Berkhidmat Untuk Negara "