Jumaat, 21 Julai 2017

SSQS 2017

Tuan / Puan,

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk dan surat BTP, KPM (Ruj. KP(BTP-PPSB)8817/3/4 Jld. 3 (86)) adalah berkaitan.

2. Seperti mana yang tuan / puan sedia maklum, penarafan Pembestarian Sekolah melalui Smart School Qualification Standards (SSQS) akan dilaksanakan mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2017.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan pautan untuk mendapatkan Instrumen, Indikator dan Garis Panduan SSQS 3.0 untuk makluman awal tuan / puan sebelum taklimat yang dijangka pada minggu hadapan. Diharap tuan / puan dapat memahami instrumen tersebut dan jika ada pertanyaan boleh diajukan semasa taklimat SSQS nanti.

Laman sesawang SSQS 3.0 ---> http://best.moe.edu.my/ssqs/melaka/

Muat turun:

Instrumen SSQS
Garis Panduan


Sekian, terima kasih