Pada 16 Februari 2011 yang lalu, Pusat Kegiatan Guru Pengkalan Balak telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT (GPICT) bil. 1/2011. Seramai 18 orang guru telah menghadiri mesyuarat tersebut. En. Sulaiman b. Abd. Rahim dan Pn. Nor Sherliza bt. Abu Bakar wakil dari BTPN Melaka telah hadir dalam mesyuarat ini. Banyak informasi telah diberikan. Antara agenda didalam mesyuarat tersebut adalah Ucapan Ketua PKG, Ucapan Wakil BTPN Melaka, Perlantikan JawatanKuasa Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ Guru Penyelaras ICT (GPICT), Bidang Tugas GPB/ GPICT, Perancangan Tahunan, Inisiatif ICT (SSQS, SPPICTS, STS, EDUWEBTV), Dokumentasi / Pelaporan, Perancangan PKG untuk GPB/ GPICT, Perkhidmatan Rangkaian Internet, Khidmat Bantu ICT PKG, dan Blog PKG. Semua guru memberikan respon yang baik dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya.
