Pusat Kegiatan Guru Pengkalan Balak - Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan dan Media (GPM)/ Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (GPSS) bil. 1/2011 telah dijalankan pada 17 Februari 2011 di bilik Serbaguna Sri Bidara, PKG Pengkalan Balak. Seramai 19 orang guru telah hadir dalam mesyuarat tersebut. En.Shuhani bin Hassan wakil dari BTPN Melaka telah hadir dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memberikan input yang berguna kepada GPM/ GPSS selain daripada berkongsi masalah yang dialami di sekolah.
